Tuesday, December 29, 2009

Kongsi Resepi - Rosemary Roast Chicken


Rosemary Roast Chicken

Bahan2
1 ekor ayam (sederhana)
4 tangkai herba Rosemary
50gm mentega (butter)
sedikit lada hitam (black pepper)
3 ulas bawang putih (garlic)
sedikit minyak zaitun (olive oil)
garam secukup rasa
2 sudu besar madu

Cara2nya
Panaskan oven - suhu tinggi
Bersihkan ayam dan toskan airnya
Leraikan rosemary dari tangkainya, tumbuk dalam lesung bersama garam, lada hitam dan bawang putih. Apabila lumat, curahkan minyak zaitun bersama dan kacau hingga sebati.
Keluarkan bahan ditumbuk tadi dan lumurkan rata pada ayam. Sementara itu, mentega di potong kecil-kecil dan selitkan dibawah lapisan kulit ayam.

Letakkan ayam di dalam dulang pembakar dan masukkan kedalam oven. Pusingkan ayam setiap 30 minit. Insyaallah, ayam akan masak dalam masa 1 jam 20 minit. Untuk pastikan ayam masak, tusukkan pisau pada isi yang paling tebal, kalau air ayam sudah jernih, cukup masak.

Jangan lupa mencuba!




Tuesday, June 2, 2009



Dah lama tak post apa-apa dalam blog ni. Bukan apa....sibuk dengan assignments, exams dan banyak lagi lah aktiviti harian, termasuklah buat homework Tareq. Minggu lepas sibuk dengan urusan perkahwinan sepupu.

Selain dari tugas-tugas di atas, kat ofis pun tak kurang kerja. Dengan HR tasks ditambah dengan ISO documentations....aduhhhh! Tak menang tangan dibuatnya.

Ada beberapa perkara baru yang dapat saya pelajari :-
  1. Kalau nak buat kerabu sotong, make sure tanggalkan selaput warna purple. Kalau tak, kerabu bertukar jadi pinkish.


  2. Fire eater actors (alaaa..yg sembur kuar api tu lah) cuma akan buat persembahan kat tepi swimming pool. Agaknya kalau satu badan terbakar, boleh terus terjun swimming pool.


  3. Pengapit pengantin akan kelihatan manis kalau lengkap berpakaian tradisional melayu. (ada tu yg pakai blouse dengan seluar jeans...ada ke patut). Maaf Kak Cik, you look so sweet, but cik pengapit tu......


  4. Rasa Coffee Mate tak de lah sedap sangat seperti yg diiklankan oleh Nabil kat TV tu.


Rasanya cukup sampai kat sini buat kali ni. Kita sambung lagi ....soon!







Wednesday, February 4, 2009

Mee Udang


Hmmmm.... tak pernah saya masak mee udang. Selama ini cuma menikmati mee udang di restoran sahaja. Entah kenapa, suami minta saya memasak mee udang hujung minggu lepas. Siap dia bagi resepi. Memang ada stok udang dalam freezer. Saya setuju !

Berikut adalah bahan-bahan untuk mee udang saya

bahan kuah

1.5 litre air rebusan udang
15 ekor udang sederhana besar (saya beli yg saiz RM14/kg)
50gm udang kering (rendam) 10 tangkai cili kering 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih
sedikit belacan
(bahan ni dikisar halus)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

bahan mee
mee kuning (1 peket)
sedikit sawi hijau (dicelur)
sedikit taugeh (dicelur sekejap)
tauhu (goreng dengan garam kunyit dan potong dadu)
4 buji telor rebus
sedikit potongan cili merah
limau kasturi (dibelah dua)
bawang goreng


cara-cara memasak kuah

Tumis bahan yg dikisar dengan minyak, sehingga terbit minyak (masak). Setelah bahan tumisan masak, masukkan air rebusan udang, sos cili dan sos tomato kedalam periuk dan biar sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan udang segar, dan dalam masa 2 minit, padamkan api dan hidangkan bersama mee kuning dan bahan lain.

Wednesday, January 14, 2009

TO ALL THOSE WHO WERE BORN IN THE 40's, 50's, 60's AND EARLY 70's

Saya terima e-mail ini dari sahabat tersayang, Tuty. Apalagi, memori pun datang menjengah kembali.

TO ALL THE THOSE WHO WERE BORN IN THE 40's / 50's 60's / early 70s

  • First, we survived with mothers who had no maids. They cooked /cleaned while taking care of us at the same time.
    Nasib Mak mungkin berbeza dari saya. Nenek Saadiah tinggal bersama kami. Dari segi pertolongan fizikal, memang Nenek Saadiah banyak membantu menjaga kami dan memasal. Tugas Mak ringan sikit. Saya tiada pembantu untuk menguruskan rumahtangga dan anak. Semuanya kami suami isteri yang buat. Tapi hidup kami bebas… Mungkin Mak (pada pendapat saya) terkongkong dari segi emosi. Maklumlah, serumah dengan ibu mertua…. Tapi saya yakin Mak redha atas segalanya. Mak puas kerana dapat menjaga Nenek Saadiah sehingga nafasnya yang terakhir.
  • They took aspirin, candy floss, fizzy drinks, shaved ice with syrup and diabetes was rare. Salt added to Pepsi or Coke was remedy for fever.
  • We had no childproof lids on medicine bottles, doors or cabinets and when we rode our bikes, we had no helmets.
    Selepas Abah berhenti berkerja lombong di Air Hitam Tin Puchong, kami kembali ke Kuala Selangor. Masih jelas diingatan, kalau hendak ke klinik kerajaan, kena bawa botol ubat sendiri, bukannya seperti sekarang; botol ubat sudah tersedia.
  • As children, we would ride with our parents on bicycles/ motorcycles for 2 or 3. Richer ones in cars with no seat belts or air bags.
  • Riding in the back of a pirate taxi was a special treat.
  • We drank water from the tap and NOT from a bottle.
    Hehehhe…..teringat masa Darjah 2, bulan Ramadhan. Bila pergi sekolah Agama petang, tekak kering betul. Apa lagi, bila sampai masa Solat Asar, bila ambil Wudhu, gogok sekali air paid yang sungguh sejuk dan mmmmm……. Tapi bila balik rumah, beritahu Mak (dengan muka sedih)….puasa!
  • We would spend hours on the fields under bright sunlight flying our kites, without worrying about UV rays which never seem to affect us.
  • We go into the jungle to catch spiders without worries of Aedes mosquitoes.
  • With mere 5 pebbles (stones) would be an endless game. With a ball (tennis ball best) we boys would run like crazy for hours.
    Apa lagi, main batu seremban lah….. sampai lupa makan. Masa zaman sekolah menengah, kat asrama (ATPN) kami tak main batu, tapi beg kain comel yg diisi dengan pasir atau buah saga (masa tu dah rasa moden dah). Saiznya besar sikit dari batu seremban biasa, dan kurang bising… Kalau dah boring main batu seremban, kitaorang main tudung botol pulak. Macam-macam stail jari melentik….hehehe…lucu betul. Dengan selipar jepun pun kitaorang boleh cipta permainan BALING SELIPAR.
  • We caught guppies in drains / canals and when it rained we swam there.
  • We shared one soft drink with four friends, from one bottle and NO ONE actually worried about being unhygienic.
  • We ate salty, very sweet & oily food, candies, bread and real butter and drank very sweet soft drinks, sweet coffee/ tea, ais-kacang, but we weren't overweight because......WE WERE ALWAYS OUTSIDE PLAYING!!
  • We would leave home in the morning and play all day, till streetlights came on.
    Kalau nak keluar main, kena tengok mood Mak, kalau dia okay, boleh lah keluar rumah lenggang kangkung depan dia. Kalau Mak macam angin jer, sorok-sorok lah sikit.
  • No one was able to reach us all day. And we were O.K.
  • We would spend hours repairing our old bicycles and wooden scooters out of scrap and then ride down the hill, only to find out we forgot the brakes. After running into the bushes a few times, we learned to solve the problem.
  • We did not have Playstations, Nintendo's, X-boxes, multiple channels on cable TV, DVD movies, no surround sound, no phones, no personal computers, no Internet. WE HAD FRIENDS and we went outside and found them!
  • We fell out of trees, got cut, broke bones and teeth and we still continued the stunts.
    Jatuh pokok? Memang pernah. Pasal panjat pokok jambu tepi rumah. Betul-betul rasa macam Tarzan..(begitulah agaknya perasaan Tarzan? entahler). Setakat luka, lebam dan terseliuh tu, biasa lah….
  • We never had birthday parties till we were 21
    Tapi, Mak pernah buatkan satu birthday (10 tahun). Macam tak percaya bila balik dari sekolah, Mak dah masak dan hidang makanan party atas meja. Mak cakap pergi ajak kawan-kawan datang pukul 3 ni…. Itulah yang pertama dan terakhir. Lepas tu, celebrate sendiri.
  • We rode bikes or walked to a friend's house and just yelled for them!
    Bukan setakat kawan panggil dari jarak jauh. Mak pun pernah panggil sampai satu kampong dengar…….. Kalau mak panggil nama manja, masih okay lagi. Tapi, kalau mak panggil NAMA PENUH…alamatnya rotan menunggu…..eeeee.
  • The idea of a parent bailing us out if we broke the law was unheard of. They actually sided with the law!
    Tak pernah cerita kat Mak atau Abah kalau kena marah dengan cikgu atau gurubesar. Semua telan sendiri. Takut kalau bagitau, Mak atau Abah ‘tambah’ lagi...OH TIDAK!
  • Yet this generation has produced some of the best risk-takers, problem solvers and inventors ever!
  • The past 40 years have been an explosion of innovation and new ideas.
  • We had freedom, failure, success and responsibility, and we learned.