Wednesday, February 4, 2009

Mee Udang


Hmmmm.... tak pernah saya masak mee udang. Selama ini cuma menikmati mee udang di restoran sahaja. Entah kenapa, suami minta saya memasak mee udang hujung minggu lepas. Siap dia bagi resepi. Memang ada stok udang dalam freezer. Saya setuju !

Berikut adalah bahan-bahan untuk mee udang saya

bahan kuah

1.5 litre air rebusan udang
15 ekor udang sederhana besar (saya beli yg saiz RM14/kg)
50gm udang kering (rendam) 10 tangkai cili kering 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih
sedikit belacan
(bahan ni dikisar halus)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

bahan mee
mee kuning (1 peket)
sedikit sawi hijau (dicelur)
sedikit taugeh (dicelur sekejap)
tauhu (goreng dengan garam kunyit dan potong dadu)
4 buji telor rebus
sedikit potongan cili merah
limau kasturi (dibelah dua)
bawang goreng


cara-cara memasak kuah

Tumis bahan yg dikisar dengan minyak, sehingga terbit minyak (masak). Setelah bahan tumisan masak, masukkan air rebusan udang, sos cili dan sos tomato kedalam periuk dan biar sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan udang segar, dan dalam masa 2 minit, padamkan api dan hidangkan bersama mee kuning dan bahan lain.