Tuesday, June 2, 2009



Dah lama tak post apa-apa dalam blog ni. Bukan apa....sibuk dengan assignments, exams dan banyak lagi lah aktiviti harian, termasuklah buat homework Tareq. Minggu lepas sibuk dengan urusan perkahwinan sepupu.

Selain dari tugas-tugas di atas, kat ofis pun tak kurang kerja. Dengan HR tasks ditambah dengan ISO documentations....aduhhhh! Tak menang tangan dibuatnya.

Ada beberapa perkara baru yang dapat saya pelajari :-
  1. Kalau nak buat kerabu sotong, make sure tanggalkan selaput warna purple. Kalau tak, kerabu bertukar jadi pinkish.


  2. Fire eater actors (alaaa..yg sembur kuar api tu lah) cuma akan buat persembahan kat tepi swimming pool. Agaknya kalau satu badan terbakar, boleh terus terjun swimming pool.


  3. Pengapit pengantin akan kelihatan manis kalau lengkap berpakaian tradisional melayu. (ada tu yg pakai blouse dengan seluar jeans...ada ke patut). Maaf Kak Cik, you look so sweet, but cik pengapit tu......


  4. Rasa Coffee Mate tak de lah sedap sangat seperti yg diiklankan oleh Nabil kat TV tu.


Rasanya cukup sampai kat sini buat kali ni. Kita sambung lagi ....soon!