Sunday, November 7, 2010

Al Fatihah untuk Allahyarham Hjh Patimah Ramli

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman!

Walaupun kami baru bertemu dua kali, namun Kak Tim amat mesra dan peramah. Kenangan di Cameron Highland dua tahun lalu amat saya rasai. Dapat juga saya merasa Asam Pedas Melaka air tangan beliau. Selamat Jalan, Kak Tim dan selamat menemui Penciptamu.

4 sekeluarga rentung dalam kemalangan

07/11/2010 12:36pm

ROMPIN 7 Nov. – Empat sekeluarga rentung apabila kereta Proton Persona yang mereka naiki hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan Segamat, malam tadi.

Kejadian ngeri itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.30 malam selepas empat sekeluarga terbabit dalam perjalanan pulang dari majlis pertunangan saudara mereka di Marang, Terengganu. - Utusan

Creme Caramel Ayu


Bahan-Bahan
3 sudu gula pasir
900ml susu segar
1 tin susu pekat
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit air

Cara-Cara Membuatnya

Untuk menyediakan gula hangus, panaskan gula pasir dalam kuali dengan sedikit air. Biarkan gula hancur dan masak sehingga gula menggelegak dan keperangan. Apabila sudah keperangan, tuangkan dalam bekas yg anda inginkan (gelas, ramekin atau loyang)

Dalam periuk, panaskan susu segar bersama dengan susu pekat. Boleh tambah gula jika ingin rasa yang lebih manis. Sentiasa kacau larutan susu dan kawal api supaya tidak terlalu kuat. Susu jangan sampai mendidih. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur hingga sebati. Senduk sedikit susu panas tadi kedalam mangkuk telur. Kacau kan supaya sebati.

Setelah itu, tapiskan campuran telur dan susu tadi ke dalam periuk susu semula. Padamkan api.

Tuangkan susu kedalam acuan yg telah disediakan dengan gula hangus tadi. Bakar dalam mandian air (bain marie method) selama lebih kurang 1 jam.

Selamat Mencuba!



Crispy Shrimp Toast Mama


Bahan-Bahan
10 keping roti
300 gram udang segar
10 tangkai daun bawang
sedikit lada sulah
1 putih telur
3 sudu air
garam secukup rasa
bijan
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
Potongkan sisi roti dan leperkan dengan tangan supaya roti menjadi nipis.
Panaskan roti diatas kuali leper sehingga sedikit garing. Belahkan setiap keping roti kepada dua bahagian.

Siangkan udang segar dan buang uratnya. Masukkan ke dalam 'food processor' bersama daun bawang, putih telur, lada sulah, garam dan sedikit air. Kisar sehingga halus.

Sapukan pes udang tadi ke atas roti yg siap dibakar. Kemudian taburkan bijan ke atas pes supaya menutupi seluruh permukaan roti tersebut.

Panaskan minyak untuk deep frying. Gorengkan roti tadi dengan permukaan udang dibawah. Balik balikkan dan apabila sudah keperangan, angkat dan hidangkan dengan sos cili.

Selamat mencuba!

Thursday, March 25, 2010

Kongsi Resipi – Black Pepper Ribs



Black Pepper Ribs

Bahan-bahan

1 kg tulang rusuk (potong potong)

1 peket MAGGI® Black Pepper Beef Mix

2 labu bawang besar

Daun bawang

Sedikit tepung gandum

Sedikit serbuk lada hitam

3 sudu sos lada hitam

1 inci halia (mayang halus)

Minyak

Garam secukup rasa

Air

Cara Memasak

Bersihkan tulang rusuk dan keringkan. Gaulkan dengan tepung gandum, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Panaskan kuali (kalau boleh yg non-stick) dengan sedikit minyak. Gorengkan tulang rusuk sehingga separuh masak. Kalau masih liat, goreng lama sikit dan tutupkan kuali.

Setelah tulang rusuk masak, keluarkan. Dalam kuali yg sama, dengan sedikit minyak, masukkan bawang besar yg dihiris kasar dan halia.

Apabila bawang sudah agak layu, masukkan tulang rusuk yg telah digoreng kedalam kuali. Kemudian, bancuh MAGGI® Black Pepper Beef Mix ikut arahan pada peket dan masukkan dalam kuali bersama sos lada hitam. Kalau kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.

Perasakan dengan garam mengikut citara masing-masing. Apabila hampir masak, masukkan daun bawang yg dipotong dan gaulkan rata. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Friday, February 19, 2010

IKAN PARI BAKAR



Bahan-bahan
6 potongan sederhana ikan pari
10 tangkai cili kering (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
Asam jawa (bancuh pekat dengan sedikit air)
Sedikit minyak untuk menumis
Gula
Garam
Hirisan daun kunyit
Limau nipis
Aluminium foil
Daun pisang
2 kuntum bunga kantan

Cara-caranya
Bersihkan ikan dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan asam jawa yg dibancuh dengan sedikit air, gula dan garam secukup rasa serta hirisan daun kunyit. Kacau sehingga masak dan padamkan api.

Panaskan oven (high)
Letakkan kepingan ikan yg digaul dengan sedikit garam di atas aluminium yg dilapis dengan daun pisang. Sudukan sos yg dimasak tadi ke atas ikan dan taburkan dengan hirisan bunga kantan. Bungkus rapi aluminium foil supaya tiada wap yg akan terlepas. Bakar dalam oven sehingga masak. Hidangkan dengan perahan limau nipis.