Bahan A
4 ekor ikan kembung (ambil isi sahaja)
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil lada hitam
3 biji lada merah
1 cawan santan
2 tiub tofu telur
Gula dan garam secukup rasa
3 helai daun kunyit
Daun pisang untuk membungkus
Pengukus
Cara-Cara Membuatnya
Kisarkan semua Bahan A di dalam 'food processor' sehingga sebati.
Sebelum dibungkus, taburkan daun kunyit yg dihiris halus.
Kemudian, bungkuslah ikut suka. Saya suka bungkus cara begini. Untuk memudahkan membungkus, layurkan dulu daun di atas api untuk melembutkan daun pisang. Sematkan dengan lidi dan kemaskan bungkusan.
Didihkan air dan siapkan pengukus dan kukus bungkusan otak otak selama 20 minit.
Selepas dikukus 20 minit, inilah hasilnya...
Selamat mencuba.
Adunan di atas cukup untuk 5 bungkus otak otak



