Monday, May 30, 2011

Selamat Datang ke Kelab 40













Alhamdulillah! Pada 12 Mei 2011 yang lalu, genaplah umur saya 40 tahun. Tiada yang dapat saya ungkapkan selain dari rasa syukur kehadhrat Allah S.W.T atas rahmat dan keindahan dunia kepada saya. Saya masih dikelilingi keluarga dan sahabat handai. Kedua ibubapa dan ibubapa mertua masih sihat, cuma kadang-kadang mereka uzur.

Anak dan suami tersayang menghadiahkan makan malam yang cukup indah, termasuk kad ucapan buatan sendiri dari Tareq.

Sahabat baik pula tidak lupa menghadiahkan gubahan mawar tiga tangkai beserta coklat dan seekor ‘teddy bear’ yang comel. Rakan sekerja pula tidak lupa membawa saya makan tengahari di sebuah restoran ekslusif berdekatan dengan pejabat.

Teringat pula menelefon Mak pada harijadi.

“Assalammualaikum Mak! Akak ni!” Saya membahasakan diri saya akak pada Mak semenjak saya kecil dan belum ada adik lagi.

“Waalaikumsalam” jawab Mak

“Hari ni harijadi akak…..yang ke 40!” ujar saya ceria.

“Selamat Hari Jadi….. Semalam Mak ada buat baca Yassin dan doa selamat dengan kawan-kawan mengaji. Doakan anak Mak ni selamat dan sejahtera” jawab Mak.

“Terima kasiihhhhhh!” aku jawab dengan nada ceria dan sedikit terharu.

Sesungguhnya, aku amat berterima kasih atas segala ucapan yang kuterima sempena usiaku 40 tahun dan sebahagian besarnya ucapan “Selamat Datang ke Kelab 40”

Terima Kasih semua!!!!

2 comments:

  1. congrats for having such a great blog my fren, my bff n my sis!!.. happy sgt coz at this age, we r still a gud n infact aku rasa best fren kan? teringin sgt aku nak buat blog tp ketandusan idea n masa..
    moga kite akan kekal as bff!!!

    aku pinjam jaja punye blog utk komen ni.. heheee!!

    Tuty d Sonts...

    p.s/ unlimited.. i loike!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey you! hehehehe....sorry, just saw your comment! you're my sister dunia akhirat! In shaa Allah!

      Delete